Koleksi puisi ini dimuntahkan dari raga kala merentas sejuk panas kehidupan. Mungkin ada terjentik perkaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. Namun tiada unsur kasar dan erotik. Sekadar luahan rasa dan emosi yang diterjemahkan ke dalam tulisan. Semoga terhibur dengan mainan bahasa dan semoga bermanfaat.

Mar 6, 2017

AMUK SANG KAWAN ll

Dalam tiada berbuat lain
Selain diamlah aku

Sifar rasa gentar kehilangan
Seorang yang ku agak
Mampunya tidak menghulur tangan
Mengekalkan satu ikatan
Persahabatan

Ah sudah
Tiada gelisah ini aku tuturkan
Jangan gusar untuk meninggalkan
Sudahnya kita tidak sehaluan
Hati sesama sudah ditawarkan

Tiada lain melainkan
Benci, hasad dan kesumat
Andai terus kita bertaut
Atas nama keakraban yang palsu.

Jadi tiadalah lebih elok
Berbanding aku mengundur diri

No comments:

Post a Comment

> Leave your honestly respond HERE my FRIENDS <
> Thank you so much for reading <
^_^