Koleksi puisi ini dimuntahkan dari raga kala merentas sejuk panas kehidupan. Mungkin ada terjentik perkaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. Namun tiada unsur kasar dan erotik. Sekadar luahan rasa dan emosi yang diterjemahkan ke dalam tulisan. Semoga terhibur dengan mainan bahasa dan semoga bermanfaat.

Nov 27, 2015

SEJATI

Aku tak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Tapi aku terasa amat dipulaukan.
Maybe it's my fault or maybe not.
Aku tak tahu.

Walau apa pun berlaku..
Aku cuba buat tak endah.
Yang nak kawan, kawan.
Yang tak nak kawan, tak payah.

Tapi dalam masa yang sama..
Aku terasa satu fenomena
Yang secara drastiknya meresap ke dalam tubuh.
Fenomena sunyi.

Orang kata,
The only true friend is the one who comes while others leave.

Tapi bayangkan satu suasana
Yang selama ini berkongsi gelak tawa tangis hiba
Hilang
Langsung tidak meninggalkan bayang.

Sakit hati ni tuhan sahaja yang tahu.

Kehadapan.. kau, kau, kau, dan kau.
Yang tidak aku pasti
Masih kawanku ataupun tidak,

Terima kasih kerana sudi hadir dan jenguk hati ini.

Terima kasih kerana masih atau pernah setia menahan cacat cela diri ini.

Dan,
Terima kasih
Khas kepada yang telah angkat kaki membawa diri.

Kau ajar aku erti
sesuatu yang dipanggil SEJATI.

No comments:

Post a Comment

> Leave your honestly respond HERE my FRIENDS <
> Thank you so much for reading <
^_^