Koleksi puisi ini dimuntahkan dari raga kala merentas sejuk panas kehidupan. Mungkin ada terjentik perkaitan dengan yang hidup mahupun yang telah pergi. Namun tiada unsur kasar dan erotik. Sekadar luahan rasa dan emosi yang diterjemahkan ke dalam tulisan. Semoga terhibur dengan mainan bahasa dan semoga bermanfaat.

Nov 30, 2015

PENDENGKI

Kiri kanan
Depan belakang

Semua nak mengata.

Atas bawah
Tepi tengah

Semua nak diperkatakan.

Samada kau hairan atau tidak

Nak luah kat sini yang aku masih hidup dengan bahagia
Walau kau caci dan hina.

Dan samada kau mahu sahut atau tidak

Nak tanya kat sini apa saja yang kau dapat
setelah berhabis air liur mengata tentang orang?

No comments:

Post a Comment

> Leave your honestly respond HERE my FRIENDS <
> Thank you so much for reading <
^_^